PERANAN KPM
Memperkasa perkhidmatan sokongan dan bantuan pendidikan khas merupakan salah satu peranan yang boleh dilakukan oleh pihak KPM. Kerajaan ingin memperkasakan lagi semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara bagi mendidik golongan berkenaan meningkatkan keupayaan serta pengurusan diri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,Kita menyambut baik penubuhan TASKA OKU untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini kerana dengan program seperti ini, ia bukan sahaja membantu kanak-kanak itu sendiri tetapi kepada ibu bapa mereka. Menurutnya lagi, jika di rumah, mungkin kanak-kanak itu tidak dapat dibentuk dengan sistem pembelajaran seperti di TASKA yang saya lihat sangat baik untuk membina keyakinan diri kerana pelbagai teknik sudah disediakan oleh guru yang pakar. Pemerkasaan ini memudahkan lagi, kanak-kanak bekerperluan khas untu mendapat pendidikan yang baik sama seperti mereka yang norma.
Selain itu, memperkasa strategi pengoperasian Program Pendidikan Inklusif (PPI). PPI merupakan suatu program yang menempatkan Murid Berkepeluan Khas (MBK) yang ditempatkan bersama murid aliran perdana di kelas yang sama untuk mengikuti kurikulum pengajaran dan pembelajaran yang sama atau yang diubah suai mengikut tahap penguasaan MBK. Hal ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan bertoleransi walaupun berbeza kesempurnaan fizikal dan mental satu sama lain dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, didapati bahawa, terdapat tiga kategori PPI yang dilaksanakan di sekolah melibatkan murid MBK dengan arus perdana di sekolah harian, iaitu inklusif penuh dan inklusif separa dan inklusif tempat.
Comments