top of page

Contoh kecacatan fizikal kanak-kanak



CEREBRAL PALSY

Cerebral palsy merupakan salah satu kecacatan fizikal yang berlaku terhadap kanak-kanak. Kecacatan ini mengakibatkan kessukaran dalam pergerakan serta koordinasi tubuh badan. Ia berlaku disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.


SPINA BIFIDA

Selain itu, spina bifida juga merupakan salah satu kecacatan fizikal kanak-kanak. Spina bifida ialah ketidakupayaan yang disebabkan oleh kecacatan pada tulang belakang dimana tulang belakang terbelah yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Spina bifida terdiri daripada tiga jenis utama iaitu Spina Bifida Occulta (SBO), Meningocele, Myelomeningocele. SBO ini adalah bentuk kecacatan yang paling biasa dan ringan. Meningocele pula jarang terjadi ia berlaku apabila kantung cecair tulang belakang tertolak melalui pembukaan di belakang bayi. Bagi myelomeningocele adalah paling teruk dimana tulang belakang bayi terbuka.


EPILEPSI

  Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak. Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal.Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.. Terdapat arus elektrik kecil yang berlaku semasa sel otak berfungsi.  Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, berlaku gangguan seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku.

Comments


Hi, thanks for stopping by!

I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Let the posts
come to you.

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Pinterest
bottom of page